Wednesday 7 December 2011

Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 - Pemahaman

Tema : Keluarga
Tajuk : Keluarga Bahagia 

LIRIK LAGU KELUARGA BAHAGIA - SAUJANA

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

LATIHAN

A. Cari makna perkataan-perkataan yang digariskan pada lirik lagu di atas dan bina satu ayat daripada setiap perkataan tersebut

B. Jawab soalan pemahaman berdasarkan lirik lagu "Keluarga Bahagia"
  1. Apakah yang diinginkan oleh setiap insan?
  2. Mengapakah Taman Firdausi damai?
  3. Siapakah yang dahagakan kasih sayang?
  4. Bagaimanakah keadaan keluarga yang diidamkan oleh penulis?
  5. Apakah harapan penulis pada keluarganya 
 

Sunday 4 December 2011

Latihan-latihan lain - Edisi Kedua


  1. Tulis lima ayat tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah




  2. Teliti gambar dan tulis maklumay yang dikehendaki berdasarkan gambar yang diberi.


  3. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah




  4. Nyatakan pengajaran atau nilai yang terdapat dalam ayat di bawah



  5. Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan